SMK TUN AMINAH

SELAMAT MELAYARI BLOG SMK TUN AMINAH, TERIMA KASIH DARI KAMI UNIT ICT SMK TUN AMINAH.

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH & PERKEMBANGAN RINGKAS SMK TUN AMINAH

  •   Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (SMKTA) diasaskan pada awal tahun 1965, mengambil sempena nama DYMM Sultanah Tun Aminah, permaisuri Almarhum DYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Johor.

  •  Pada 21 September 1967, sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh En Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

  • Motto SMKTA ialah ”SENTIASA BERUSAHA” yang bermaksud setiap SMKTA mesti sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

  •   Kini jumlah pelajarnya mencecah 866 orang, bilangan guru yang sedang berkhidmat di SMKTA berjumlah 77 orang, bilangan staf sokongannya seramai 14 orang. Pelajar yang tinggal di asrama SMKTA berjumlah 230 orang.

  •   Dari segi kurikulum, SMKTA adalah antara sekolah yang baik pencapaian akademiknya disamping sekolah-sekolah lain di Batu Pahat.

  • Pencapaian Kokurikulum sekolah ini membanggakan kerana pelajar sekolah ini telah mencapai kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa antaranya dalam Kejohanan Taekwando Asia Pasifik.

  •  Dalam bidang Kelab dan Persatuan (Akademik), peserta kuiz Kimia Kebangsaan telah mendapat tahap cemerlang. Kecemerlangan turut ditunjukkan oleh peserta Forum Remaja Sekolah Menengah apabila mendapat Naib Johan dan Pengerusi Terbaik dalam pertandingan tersebut pada peringkat negeri. Dalam Pertandingan Penulisan Cerpen Bahasa Cina peringkat kebangsaan, peserta sekolah telah mendapat Johan.

  • Bagi Unit Beruniform, peserta Perkhemahan Kadet Bomba peringkat Kebangsaan mendapat Naib Johan.

  • Pada tahun 2019, sekolah kita telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka (Kategori Sekolah Menengah) sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah.

  • SMKTA telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMA Negeri 1 Karimun, Tanjung Balai Indonesia pada 6-7 September 2019 dan telah menerima kunjungan balas mereka pada 19 Oktober 2019.