SMK TUN AMINAH

SELAMAT MELAYARI BLOG SMK TUN AMINAH, TERIMA KASIH DARI KAMI UNIT ICT SMK TUN AMINAH.

AMANAT PENGETUA



SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya warga SMK Tun Aminah Batu Pahat dapat membina Google Sites SMK Tun Aminah yang menjadi pusat sumber maklumat bagi warga sekolah. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada jawatankuasa Google Sites SMK Tun Aminah bagi semua gerak kerja pembinaan google sites ini.

 

Daerah Batu Pahat sudah beberapa tahun dianggap sebagai penanda aras pencapaian akademik, kokurikulum dan pengurusan sekolah bagi daerah-daerah yang lain. Justeru, sebagai salah sebuah sekolah yang berada di daerah ini, SMK Tun Aminah melangkah sederap dengan pelbagai pencapaian peringkat daerah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pembinaan Google Sites SMK Tun Aminah. Selaras dengan kecanggihan teknologi moden kini, pembinaan Google Sites menjadi medan yang sangat sesuai untuk menyampaikan pelbagai maklumat lantaran boleh diakses di mana-mana saja dan pada bila-bila masa sahaja oleh warga sekolah dan masyarakat luar.

 

Google Sites SMK Tun Aminah dijanakan dengan pelbagai pengisian maklumat seperti maklumat umum sekolah, pentadbiran, kurikulum , kokurikulum, hal ehwal murid dan pelbagai perkongsian semasa untuk melihat perkembangan sekolah. Selain itu juga pelbagai perkongsian kejayaan dan peristiwa penting juga dapat dikongsikan melalui Google Sites ini. Warga sekolah sama ada kalangan guru, murid-murid dan ibu bapa mendapat impak positif melalui Google Sites SMK Tun Aminah.

 

Besar harapan saya agar Google Sites SMK Tun Aminah akan terus dijanakan dengan lebih lengkap agar dapat memberikan impak maksimum kepada warga sekolah dan masyarakat. Komitmen daripada warga sekolah dan kolaborasi yang dijanakan dengan pelbagai pihak akan dapat menjadikan Google Sites SMK Tun Aminah sebagai salah satu Google Sites yang terbaik.

Sekian.

STABP SEDERP BERSINERGI