SMK TUN AMINAH

SELAMAT MELAYARI BLOG SMK TUN AMINAH, TERIMA KASIH DARI KAMI UNIT ICT SMK TUN AMINAH.

PRASARANA SEKOLAH

Perkembangan Prasarana Sekolah

Mulai tahun 1974, SMKTA mendapat bangunan tambahan seperti dewan, sebuah makmal sains, 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.  Pada tahun 1979, asrama 3 tingkat dan dewan makan untuk pelajar-pelajar perempuan mula dibina.  Menjelang tahun tahun 1981, bangunan sekolah bertambah kepada 5 blok.
Pada tahun 1993, beberapa perubahan dibuat untuk keselesaan guru dan pelajar.  Sebuah balai bacaan dibina sebagai tempat pelajar belajar  dan berbincang. Bilik guru yang terletak di tingkat atas bangunan Cempaka dipindahkan ke tingkat bawah bangunan Anggerik.
Dengan sokongan yang diberikan oleh pihak PPD dan JPN Johor, serta sumbangan dari pihak PIBG, SMKTA telah bergerak maju selaras dengan cita-cita dan harapan negara.
Kini SMKTA turut memiliki kelengkapan  komputer khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran sesuai dengan kehendak pembangunan semasa. PIBG turut membantu sekolah membeli beberapa unit komputer untuk urusan pentadbiran. Tahun 2000 LAN fasa pertama telah dibina, menghubungkan Pejabat Pengetua, Pejabat Pentadbiran, Bilik HEM, Bilik Peperiksaan, Perpustakaan dan Bilik Gerakan.  Begitu juga, Bilik Media, Bilk Guru dan Bilik Gerakan telah dilengkapi dengan alat penghawa dingin, untuk keselesaan pelajar dan guru. 
SMKTA terus cemerlang mengikut peredaran ICT dan globalisasi di mana sebuah makmal komputer dengan segala kelengkapananya telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah ini pada tahun 2002 bagi memenuhi hasrat kerajaan supaya semua guru, pelajar dan staf sokongan celik IT. Melalui PIBG pihak sekolah  telah membina sebuah astaka di padang  pada tahun 2006. Pihak sekolah turut menyediakan Bilik Akses Kendiri mulai bulan Mac 2007 bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada internet.  Pihak sekolah ingin menjadikan SMKTA sebuah sekolah yang terceria dari segi fizikalnya di daerah ini.