PIAGAM PELANGGAN
Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah
dengan penuh tekad dan itlizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk :
Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap,
jujur dan adil.
Memastikan setiap pelajar mendapat didikan dengan membimbing secara adil,
sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang produktif, berdisiplin dan berilmu serta
berakhlak mulia.
Mewujudkan kemudahan dan iklim sekolah yang harmoni, bersih dan kondusif.
Bersedia menerima dan melayan anggota masyarakat yang berkaitan dengan
sekolah.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
warganegara Malaysia berilmu dan pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan keupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.